Pekerja bengkel kimpalan rentung

Iklan
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah lori di bengkel Jalan Haji Ahmad, Semambu. - Foto JBPM Pahang

KUANTAN - Seorang pekerja bengkel kimpalan rentung apabila lori yang sedang dibaikinya terbakar dalam kejadian di sebuah bengkel di Jalan Haji Ahmad, Semambu di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, kebakaran itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang membuat kerja kimpalan tangki diesel lori di luar bengkel berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kejadian berkenaan turut menyebabkan seorang lagi mangsa warga Bangladesh cedera di bahagian tangan.

Sebuah lori di bengkel Jalan Haji Ahmad, Semambu terbakar menyebabkan seorang pekerja maut. - Foto JBPM Pahang

"Seramai 24 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan dan BBP Indera Mahkota bersama tiga jentera penyelamatan dan pemadaman (FRT), sebuah jentera EMRS dan sebuah jentera tangki air bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.33 petang.

Iklan

"Jentera pertama tiba pada 5.43 petang dan api dapat dikawal kira-kira 10 minit kemudian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berkenaan menyebabkan lori yang membawa muatan generator itu musnah 100 peratus.

Iklan

"Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.