Militia penggal kepala 16 individu di DRC

Iklan
Kahambu Balikwisha adalah salah seorang mangsa yang terselamat dalam serangan ADF di Mbau bulan lalu. - Foto AFP

KINSHASA - Kumpulan disyaki militia dilaporkan memenggal kepala 16 individu dalam pembunuhan beramai-ramai berhampiran bandar Beni di timur laut Republik Demokratik Congo (DRC) semalam.

Menurut sumber, tiga lagi orang awam turut cedera di bandar sama akibat bahan letupan yang dipercayai taktik baharu di wilayah yang dicengkam keganasan militia sejak beberapa dekad lalu.

Iklan
Iklan

Angkatan Demokrat Bersekutu (ADF), sebuah kumpulan militia yang bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai sejak awal November lalu didakwa menjadi dalang di sebalik insiden berkenaan.

"16 mayat tidak sempurna telah ditemui dalam satu usaha mencari. ADF menyerang pada siang hari di semak belukar dan kemudian di kampung," menurut jurucakap organisasi rangkaian masyarakat di wilayah Mbau, Jamal Moussa.

Iklan

Difahamkan serangan menyasarkan kampung kecil di Mantumbi.

Pada hujung Oktober lalu, DRC melancarkan operasi terhadap ADF namun sebagai tindak balas, kumpulan tersebut melaksanakan pembunuhan beramai-ramai dalam usaha untuk menghalang orang awam daripada membantu tentera. - AFP

Iklan