Yuhaizad dipilih Speaker Amanah baharu

Iklan
Sebahagian daripada 27 Ahli Jawatankuasa Tertinggi yang memenangi pemilihan selepas pengundian pada Konvensyen Nasional Amanah 2019 yang diadakan di IDCC, Shah Alam. - FOTO ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Penentuan jawatan Speaker baharu bagi Pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah untuk sesi 2019-2022 dimenangi Ketua Amanah Kawasan Jasin, Yuhaizad Abdullah, manakala Adnan Saad dilantik sebagai Timbalan Speaker.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Nasional, Dr Zulqarnain Lukman kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Yuhaizad memenangi 549 undi mendahului pencabarnya iaitu Ketua Komunikasi Amanah Johor, Onn Jaafar.

Menurutnya, Adnan pula memperoleh sebanyak 547 undi sekali gus menewaskan dua lagi calon lain yang bertanding.

Iklan

"Bagi jawatan juruaudit, Ali Maasin dari kawasan Jelebu dan Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar dari Bukit Bintang menang tanpa bertanding.

"Selain itu, 27 daripada 87 calon bertanding yang mendapat undian tertinggi dipilih untuk menggalas tugas ahli jawatankuasa (AJK)," katanya selepas selesai sesi Pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah sesi 2019-2022 di Pusat Konvensyen IDCC di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, sebahagian perwakilan yang mengundi dilihat mengalami sedikit kesulitan untuk menggunakan undian e-voting sehingga menyebabkan satu daripada 823 perwakilan tidak berjaya mengundi dalam tempoh ditetapkan.

Terdahulu, seramai 822 perwakilan Amanah Nasional seluruh negara mengundi menerusi sistem e-voting bermula jam 9.45 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam.

Undian itu dijalankan ke atas 94 calon yang bersaing pada Pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah untuk sesi 2019-2022 bagi merebut jawatan Speaker, Timbalan Speaker, Juruaudit termasuk 27 jawatan sebagai AJK.

Sementara itu, keputusan pemilihan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan lima Naib Presiden Amanah akan diumumkan esok.

Perwakilan menunjukkan e-voting (pengudian dalam talian) selepas selesai pengundian pada Konvensyen Nasional Amanah 2019 yang diadakan di IDCC, Shah Alam. - FOTO ROSLI TALIB
Jawatankuasa Nasional Amanah bagi sesi 2019-2022

Speaker

Yuhaizad Abdullah - 549 undi

Timbalan Speaker

Adnan Saad - 547 undi

Juruaudit

Ali Maasin - menang tanpa bertanding

Sheikh Khuzaifah Sheik Abu Bakar - menang tanpa bertanding

Ahli Jawatankuasa

1) Khalid Abd Samad - 786 undi

2) Datuk Mahfuz Omar - 780 undi

3) Datuk Salehuddin Ayub - 765 undi

4) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof - 755 undi

5) Dr Hatta Ramli -725 Undi

6) Dr. Dzulkefly Bin Ahmad - 687 undi

7) Mohamad Sabu - 681 undi

8) Adly Zahari - 655 undi

9) Dr Siti Mariah Mahmud - 612 undi

10) Datuk Raja Baharin - 584 undi

11) Faiz Fadzil - 582 undi

12) Datuk Seri Nizar Jamaluddin - 553 undi

13) Datuk Mazlan Aliman - 544 undi

14) Nik Omar Nik Abdul Aziz - 543 undi

15) Datuk Hasanuddin - 460 undi

16) Suhaizan Kaiat - 445 undi

17) Zolkharnain Abidin - 445 undi

18) Ridzuan Abu Bakar - 435 undi

19) Asmuni Awi - 429 undi

20) Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah - 368 undi

21) Mohamed Hanipa Maidin - 360 undi

22) Abang Kerdee Abang Masagus - 359 undi

23) Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi - 339 undi

24) Mohd Sany Hamzan - 338 undi

25) Dr Siti Mariam Abdul Rashid - 317 undi

26) Prof Dr Ahmad Termizi Ramli - 302 undi

27) Muhaimin Sulam - 299 undi