United tempang berdepan City

Iklan
United terpaksa melupakan khidmat Martial (tengah) yang kembali dipalit dengan masalah kecederaan.

MANCHESTER United berkemungkinan terpaksa melupakan khidmat Anthony Martial ketika berkunjung ke Stadium Etihad menentang seteru setempat, Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok.

Pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer berkata, Martial tidak berada dalam kesebelasan utama ketika The Red Devils menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 di Old Trafford awal pagi Khamis lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, posisi penyerang berusia 24 tahun itu yang kembali dihimpit kecederaan ketika menentang Aston Villa minggu lalu terpaksa digantikan dengan Mason Greenwood bagi membantu Marcus Rashford dan Daniel James.

Martial berkemungkinan tidak dapat diturunkan pada aksi di Etihad awal pagi Ahad ini.

"Status Martial bagi perlawanan menentang Manchester City masih belum pasti kerana dia belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan sebelum ini. Namun, sudah tentu kami mahu menurunkan barisan terbaik seperti mana ketika menentang Chelsea, Liverpool dan kelab gergasi lain.

Iklan

"Apapun saya percaya setiap pemain Manchester United memiliki kualiti masing-masing yang berupaya menjelmakan kemenangan untuk kelab,” katanya.

Derbi Manchester ke-179 buat kedua-dua kelab itu sekali lagi bakal menjadi tumpuan para penyokong masing-masing bagi menyaksikan sama ada The Citizens atau The Red Devils yang lebih dominan.

Iklan

Begitupun, Solskjaer dan anak-anak buahnya sudah pasti berada dalam momentum terbaik selepas membenam Spurs, sekali gus ‘menghadiahkan’ kekalahan sulung buat pengurus baharu kelab itu, Jose Mourinho.

Pada masa sama, Solskjaer pastinya menyandarkan harapan kepada Rashford yang meledak kedua-dua gol pada pertemuan itu untuk mengumpul 12 gol daripada 13 perlawanan buat United dan skuad kebangsaan England.

"Dia kuat,dia mengasak dan menyerang lawan tanpa rasa takut. Itulah yang saya mahukan, saya mahu melihat pemain mempunyai semangat melawan yang tinggi,” ujarnya.

Biarpun mengharungi prestasi tidak menentu dalam kempen liga domestik musim ini, kemenangan ke atas Spurs telah melonjakkan kedudukan United di tangga keenam. Namun, United masih ketinggalan jauh 11 mata di belakang City yang menghuni tangga ketiga.