Pemilihan AJK Amanah: Khalid, Mahfuz dapat undi tertinggi

Iklan
Antara yang hadir pada Konvensyen Nasional 2019 Parti Amanah yang diadakan di IDCC, Shah Alam. - FOTO ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Keputusan pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional sesi 2019-2022 menunjukkan Pengarah Komunikasi Amanah, Datuk Khalid Abd Samad mendahului senarai dengan undian tertinggi sebanyak 786 undi.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berada di kedudukan kedua tertinggi iaitu 780 undi, diikuti Timbalan Presiden, Datuk Seri Salahuddin Ayub dengan 765 undi.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu hanya berada di kedudukan ketujuh daripada 27 nama yang disenaraikan dengan undi sebanyak 681.

Terdahulu, seramai 822 perwakilan Amanah Nasional seluruh negara mengundi menerusi sistem e-voting bermula jam 9.45 malam tadi dan berakhir pada jam 10.30 malam.

Iklan

Undian itu dijalankan ke atas 94 calon yang berentap pada pemilihan Jawatankuasa Nasional Amanah untuk sesi 2019-2022 bagi merebut jawatan speaker, timbalan speaker, juruaudit termasuk 27 jawatan sebagai AJK.

Sementara itu, keputusan pemilihan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan lima Naib Presiden Amanah akan diumumkan esok.

Iklan