Isu Baitulmaqdis Timur perlu diselesai sebelum pilihan raya Palestin

Iklan
Mahmoud Abbas - Foto AFP

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, satu perjanjian berkaitan pilihan raya dengan pihak yang berpangkalan di Gaza semakin hampir namun isu yang terpaksa diselesaikan ialah bagaimana mengadakannya di Baitulmaqdis Timur, lapor agensi berita China Xinhua.

"Kini selepas mengatasi isu dengan Gaza, masih terdapat satu lagi isu penting mengenai Baitulmaqdis Timur," kata Abbas sambil menegaskan bahawa pilihan raya itu perlu diadakan di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Gaza.

Iklan
Iklan

"Jika penduduk Baitulmaqdis Timur tidak boleh mengambil bahagian dalam pilihan raya di bandar mereka, kami akan kembali ke meja rundingan untuk memutuskan apa yang boleh kami lakukan,” kata presiden itu semasa merasmikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di pejabatnya di sini.

Anggota Jawatankuasa Eksekutif PLO dan Setiausaha Agung Parti Rakyat Palestin, Bassam Salhi berkata, semua pihak sudah bersetuju untuk mengadakan pilihan raya itu.

Iklan

"Bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang masih perlu diselesaikan sebelum itu, dan rangka kerja umum ialah mengadakan pilihan raya Parlimen dan Presiden," kata Salhi.

Jawatankuasa Eksekutif PLO merupakan badan eksekutif tertinggi dalam pertubuhan itu yang dipengerusikan Abbas selepas kematian bekas Presiden Palestin Yasser Arafat.

Iklan

Abbas dipilih menjadi Presiden Pihak Berkuasa Palestin pada Januari 2005. - Bernama