Antara kritikan dan patriotisme
Iklan
SASTERAWAN terkenal Amerika Syarikat (AS), Mark Twain pernah menyentuh tentang kesetiaan menerusi petikannya yang terkenal,"Kesetiaan kepada negara adalah selamanya, namun kesetiaan kepada kerajaan hanya apabila ia benar-benar selayaknya”.
Walaupun petikan tersebut ditujukan Twain kepada rakyat Rusia yang terbelenggu dengan pemerintahan despotik Rejim Czar, inti pati kata-kata tersebut ternyata malar segar. Ia sangat relevan dengan situasi semasa bukan sahaja di negara kita, malah juga di negara lain.