Persekitaran kerja fleksibel bakal kuasai pasaran kerja
Iklan
SHAH ALAM - Persekitaran kerja fleksibel yang lazimnya diamalkan dalam industri ekonomi gig dijangka menjadi trend yang mendominasi sektor pasaran pekerjaan di dalam negara pada masa akan datang.
Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, perubahan dalam amalan pasaran pekerjaan itu bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi seluruh dunia.