Ramai sedar kerja fleksibel lebih selesa selepas PKP
Iklan
SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19 sebelum ini menyebabkan ramai pekerja Malaysia kini lebih selesa bekerja secara fleksibel.
Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berkata, golongan muda juga lebih cenderung kerja yang fleksibel iaitu pekerjaan dalam ekonomi gig.