Dark web lubuk jual data
Iklan
Data peribadi yang dibocorkan dijual secara terbuka, tiada pengawasan berkesan untuk mencegahnya
SHAH ALAM - Di sebalik beberapa insiden kebocoran data peribadi di negara ini, ia membongkar modus operandi sindiket apabila menjualnya secara haram di laman web tertutup (dark web) demi mengaut untung besar secara mudah.
Pakar keselamatan siber, Dr Suresh Ramasamy berkata, memang wujud kes data peribadi yang dibocorkan dijual secara terbuka di dark web berikutan tiada pengawasan dapat dilakukan secara berkesan untuk mencegahnya.