'Ahmad Zahid perlu jelas dakwaan bantu Anwar untuk jadi PM'

Iklan
Tajuddin mengadakan sidang media khas hari ini mengenai pemecatan jawatannya sebagai ahli MKT UMNO baru-baru ini.

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, perlu memberikan penjelasan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan ahli parti mengenai kewujudan pakatan sulit mengumpul akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen UMNO bagi mengangkat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan bantuannya.

Penganalisis politik, Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling berkata, Ahmad Zahid perlu berbuat demikian kerana sebelum ini beliau menafikan menjadi penggerak utama usaha mendapatkan SD Ahli Parlimen UMNO untuk mengangkat Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Perdana Menteri, selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, melepaskan jawatan, pada Februari 2020.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.