Dr Mahathir kekal relevan untuk bertanding dalam PRU15
Iklan
Tidak mustahil Dr Mahathir bakal pimpin 'khemah besar' untuk tewaskan BN pada PRU15 nanti
SHAH ALAM - Tiada siapa boleh menghalang Tun Dr Mahathir Mohamad, daripada membuat kemunculan semula ke arena politik tanah air serta bertanding di Parlimen Langkawi, biarpun bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu, kini sudah berusia 96 tahun.
Malah, Pengasas dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu masih berbisa dan mempunyai aura tersendiri biarpun pernah dua kali meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu pada 2003 dan terakhir pada 2020 susulan krisis dalaman kerajaan Pakatan Harapan (PH).