‘Kerajaan hari ini boleh jatuh bila-bila masa’
Iklan
SHAH ALAM- Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan adalah mustahil untuk kerajaan menunggu sehingga keadaan inflasi pulih sepenuhnya bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut beliau, mengikut kitaran ekonomi, keadaan inflasi akan berterusan sehingga dua tahun namun tempoh matang PRU hanya berbaki 11 bulan lagi.