Daging kultur cara Singapura tangani harga makanan
Iklan
Inisiatif bagi memastikan 30 peratus makanan dapat dihasilkan sendiri oleh republik tersebut, sekali gus elak penggantungan dari negara luar
SINGAPURA merupakan negara paling maju di Asia Tenggara dan dihuni oleh penduduknya yang berbilang kaum kini menghadapi cabaran keselamatan makanan berikutan kenaikan harga barangan kesan Perang Ukraine-Rusia.
Isu berkaitan dengan makanan itu mendapat perhatian selepas negara jirannya, Malaysia membuat larangan khusus iaitu tidak lagi akan mengeksport ayam ke Singapura mulai 1 Jun lalu sehingga ia mengganggu bekalan makanan ke republik tersebut.