'Selesaikan krisis ekonomi dengan PRU, bukan naik OPR'
Iklan
MKT UMNO kritik ura-ura kerajaan dan BNM rancang naikkan kadar OPR
SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menempelak inisiatif kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) yang didakwa sedang merancang untuk menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas (bps) pada mesyuarat bulan ini, menjadikan kadarnya mencecah 2.50 peratus.
Ujar Isham, strategi menaikkan kadar OPR bukan satu langkah bijak bagi membantu mengawal masalah inflasi yang semakin memuncak di Malaysia, disebabkan inflasi yang berlaku bukan berpunca daripada faktor permintaan meningkat.