Cadang wujud subsektor pekerja rumah sambilan
Iklan
SHAH ALAM - Persatuan Agensi Pekerjaan Malaysia (Papa) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan subsektor baharu di bawah sektor perkhidmatan iaitu pekerja rumah sambilan.
Presiden Papa, Datuk Foo Yong Hooi berkata, cadangan itu dijangka dapat membantu mengurangkan kebergantungan majikan terhadap pengambilan amah.