Tawaduk menurut empat agama

Iklan
Adalah jelas bahawa sifat tawaduk atau rendah hati ialah satu sifat yang dimuliakan serta diperjuangkan oleh agama. - Gambar hiasan.

TAWADUK berasal daripada perkataan Arab bermakna rendah hati; atau humility dalam bahasa Inggeris. Ia perlu dibezakan daripada rendah diri atau inferiority. Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2020, tawaduk bermakna"bukan sombong”.

Dalam al-Quran surah al-Isra’ (17), ayat ke-37 bermaksud:"Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan sampai setinggi gunung.”

Surah al-Furqan (25), ayat ke-63 bermaksud:"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata salam.”

Surah al-Mu’minun (23), ayat kedua bermaksud:"Mereka yang khusyuk dalam solat mereka.” Dalam KDP, khusyuk bermakna: 1. dengan kerendahan hati atau diri, tunduk dan patuh terhadap Tuhan; 2. dalam keadaan sungguh-sungguh menumpukan perhatian ketika berbuat sesuatu.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.