Malaysia, Vietnam wajar ada kerjasama pertahanan, hubungan antarabangsa

Iklan
Liew Chin Tong

MALAYSIA dan Vietnam sewajarnya menyaksikan kerjasama pertahanan dan hubungan antarabangsa yang lebih rapat serta semakin baik bagi berhadapan cabaran mendatang.

Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong berkata, kedua-dua negara tersebut adalah ‘kuasa tengah yang beraspirasi’ dengan misi penting pada tahun 2020 dengan Malaysia bakal menganjurkan sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) manakala Vietnam mempengerusikan ASEAN selain dilantik menganggotai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Timbalan Menteri Pertahanan di sini hari ini.

Kenyataan Chin Tong itu dibuat ketika berucap di Persidangan Majlis Kerjasama Keselamatan di Asia Pasifik (CSCAP) ke-12 di Hanoi, Vietnam kelmarin.

Iklan

"Peranan ASEAN ialah bagi membawa Amerikat Syarikat dan China kembali ke tengah dan mengelak daripada melebarnya jurang antara kuasa-kuasa besar.”

"Sementara ASEAN telah mengambil maklum bahawa Amerika Syarikat telah memilih untuk melihat China sebagai pesaing strategik, ASEAN mestilah secara aktif mengusahakan keamanan, serta memastikan kedua-dua kuasa besar tidak tersalah perhitungan dan membantu China untuk memahami rantau ini dengan lebih baik, justeru tidak menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara kecil di rantau ini,” katanya.

Iklan

Beliau turut mengadakan kunjungan hormat kepada rakan sejawatnya Naib Menteri Pertahanan Nasional dan Ketua Staf Umum Leftenan Jeneral Phan Van Giang serta mengucapkan tahniah di atas ulangtahun ke-75 pembentukan Vietnam People’s Army​​​​​ serta bertukar pandangan tentang situasi keselamatan serantau.

Dalam lawatan sehari itu juga, beliau turut bertemu pemikir-pemikir pertahanan Vietnam di Institut Hubungan Antarabangsa Pertahanan (IDIR), Kementerian Pertahanan. - Bernama