Pelarian, kebimbangan autisme di UIAM
Iklan
Manfaat diplomatik, perniagaan dan perdagangan legasi sebegini sememangnya tidak mudah untuk diukur
PADA hari Isnin, sebuah perbincangan Meja Bulat Aras Tinggi mengenai pendidikan pelarian telah diadakan di Dewan Senat secara bersama dengan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) mengenai dasar pelarian yang disokong oleh Kementerian Luar Negeri.
Walaupun menggunakan peraturan Chatham House, amat jarang saya melihat sekumpulan ahli politik merentasi pelbagai lingkungan termasuk seorang menteri kabinet bersetuju dalam satu isu dasar awam.