Dejavu tuntutan jawatan TPM, mungkinkah PRU15 makin hampir?
Iklan
DUA hari lagi, genap setahun Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik dan diangkat menduduki jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) dalam kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin pada tahun 7 Julai 2021.
Jawatan tersebut diberikan kepada Ismail Sabri selepas beberapa bulan UMNO dan Barisan Nasional bergasak serta mendesak Muhyiddin melantik seorang TPM daripada kalangan pemimpin UMNO.