Presiden PKR jangan tutup kepincangan - Farhash Wafa
Iklan
Sanggup dipecat atau digantung keahlian PKR demi memperjuangkan ketidakadilan dalam Pemilihan PKR Penggal 2022-2025
SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bertegas mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR tidak menutupi kepincangan dalam pemilihan parti itu susulan hasil audit forensik Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) baru-baru ini.
Menurut Farhash Wafa yang bertanding jawatan calon Naib Presiden dan juga Ketua Cabang Gombak dalam Pemilihan PKR Penggal 2022-2025 baru-baru ini, Anwar perlu tampil memperjelaskan langkah-langkah yang diambil dan menjawab mengapa audit forensik tidak menyentuh langsung undi-undi atas talian melalui aplikasi mudah-alih ADIL yang menimbulkan begitu banyak kontroversi.