Terbukti! Minyak masak peket Malaysia berlambak di Thailand
Iklan
Wartawan Sinar Harian masuk sendiri ke selatan Thailand membuat tinjauan di kedai-kedai runcit
GOLOK, THAILAND - Minyak masak bersubsidi dari Malaysia dikesan dijual secara berleluasa tanpa kawalan di sekitar pekan Sungai Golok di sini.
Siasatan wartawan Sinar Harian pada Selasa membongkar perkara itu, bukan sahaja minyak masak peket bersubsidi seberat satu kilogram (kg), malah minyak masak botol seberat lima dan 10kg turut dijual dan boleh didapati dengan begitu mudah tanpa sebarang had pembelian.