Di mana gagalnya Muhyiddin?
Iklan
Naib Presiden Bersatu persoal gesaan Zahid, Dr Mahathir mansuh MPN, sedangkan kerajaan banyak guna pakai cadangan majlis tersebut
SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen mempersoalkan di mana gagalnya fungsi Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada saat banyak cadangan majlis bebas itu diguna pakai kerajaan sewaktu mendepani krisis Covid-19.
Ketua Bersatu Bahagian Tangga Batu itu turut meminta mana-mana pihak supaya tidak mempolitikkan fungsi MPN, lebih-lebih lagi setelah Muhyiddin menawarkan diri untuk berkhidmat secara ikhlas dan menolak sebarang bentuk elaun diperuntukkan kerajaan.