Pemilihan UMNO selepas PRU15 bagi elak perpecahan
Iklan
SHAH ALAM - Pemilihan UMNO tidak dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bertujuan bagi mengelakkan perpecahan dalaman parti berlaku.
Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohd Noor berkata, perkara tersebut diputuskan adalah bukan sebagai satu strategi untuk menyelamatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada kes-kes mahkamah yang dihadapinya.