Wad dan katil di HEBHK Kluang perlu ditambah

Iklan
Shu Qi (tengah) ketika mengadakan lawatan di HEBHK Kluang baru-baru ini.

KLUANG - Kementerian Kesihatan digesa memberi perhatian bagi meningkatkan jumlah wad dan katil di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi berkata, sejak berpindah ke tapak baharu pada tahun 2011, hospital tersebut telah beroperasi dengan baik namun permintaan terhadap wad dan katil semakin meningkat.

Iklan
Iklan

"Dulu HEBHK mempunyai 244 buah katil. Kini di tapak baru hanya ditambah 24 katil menjadikan keseluruhan 268 katil. 24 katil baharu itu adalah untuk kegunaan unit rawatan rapi (ICU).

"Memandangkan permintaan katil dan wad semakin tinggi, saya berharap Kementerian Kesihatan akan meluluskan projek menaik taraf serta menambah 38 buah katil di tingkat 10 HEBHK Kluang dengan segera," katanya.

Iklan

Shu Qi berkata demikian ketika berucap di Dewan Negara baru-baru ini.

Tambahnya, sekarang adalah waktu terbaik untuk melengkapkan Hospital Kluang dengan sistem dan teknologi yang diperlukan untuk dimanfaatkan oleh rakyat.

Iklan

"Hospital ini dibina dengan struktur yang menyokong penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), namun ia tidak dilengkapkan kerana bajet yang tidak mencukupi.

"Sekarang masanya melengkapkan yang tidak lengkap. Saya minta sekiranya boleh agar kementerian meluluskan projek pemasangan peralatan bagi rangkaian jabatan teknologi maklumat untuk mewujudkan 'Total Hospital Information System' (THIS) di hospital ini," katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sedia maklum keperluan menaik taraf dan menambah bilangan katil di HEBHK Kluang.

"Permohonan menaik taraf dan menambah sebanyak 38 katil di tingkat 10 bangunan sedia ada dengan kos berjumlah RM57 juta akan dimajukan semula di bawah projek Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

"Kementerian juga dalam perancangan untuk memperluas penggunaan ICT ke semua hospital kerajaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun tertakluk kepada peruntukan.

"Pelaksanaan program akan dibuat secara berperingkat di mana HEBHK Kluang termasuk dalam kumpulan kedua perancangan," katanya.