Duit niaga buat belanja sekolah
Iklan
Tiga beradik ponteng sekolah untuk bantu keluarga berniaga
MELAKA - Kesempitan hidup keluarga menyebabkan tiga beradik di Taman Limbongan Permai di sini adakala terpaksa ponteng sekolah untuk membantu ibu mereka berniaga makanan.
Muhammad A’imullah Nizam, 16, dan adiknya, Muhammad Iman Haikal Nizam,14, yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah terpaksa berbuat demikian kerana ibu mereka, Norehan Nekmat, 35, disahkan menghidap sakit jantung.