Lebih ramai anak muda miliki rumah
Iklan
Statistik Bancian 2020 dapati 44 peratus pemilikan rumah adalah dalam kalangan belia, semakin naik berbanding 10 tahun lepas
SHAH ALAM - Sebanyak 44 peratus pemilikan rumah di Malaysia adalah dalam kalangan belia atau golongan muda berumur 40 tahun ke bawah berdasarkan Laporan Penemuan Utama Banci 2020.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, 44 peratus pemilikan rumah dalam kalangan belia itu merupakan satu jumlah angka yang secara relatifnya memuaskan.