Kontroversi pemilihan PKR, solusi penyatuan bertukar jadi bom jangka?
Iklan
Proses yang sepatutnya mampu menjadi penanda aras baharu kepada amalan demokrasi matang di Malaysia tiba-tiba berubah menjadi tragedi malang parti berkenaan.
APABILA Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan bilangan keahlian mencecah 1.3 juta memutuskan untuk mengadakan proses pemilihan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), ramai pihak skeptikal.
Ini kerana banyak parti dominan dan berpengalaman seperti UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil keputusan menangguhkan proses pemilihan parti masing-masing sehingga selepas PRU15, susulan bimbang implikasinya membawa perpecahan serius.