Tengku Mahkota Kelantan berkenan lawat mangsa banjir

Iklan
Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra (kanan) berkenan menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS SK Bakong.

PASIR MAS - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra berkenan melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong, Meranti dekat sini hari ini.

Baginda yang diiringi Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz tiba di PPS tersebut pada jam 10.45 pagi.

Iklan
Iklan

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad; Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan; Pengarah Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Datuk Zamri Ismail serta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, Kamal Mustapa.

Terdahulu, baginda turut berkenan mendengar taklimat mengenai perkembangan dan situasi terkini banjir oleh Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Mohammed Noor Nik Ishak.

Iklan

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang ditempatkan PPS berkenaan.

Seramai 166 mangsa banjir dari empat buah kampung iaitu Bakong, Kubang Binjal, Kubang Tembakan dan Kubang Pak Itam menerima sumbangan tersebut.

Iklan