'UMNO sudah ikut prosedur undang-undang sedia ada'
Iklan
Tiada sebab RoS tolak permohonan jika UMNO mahu pinda perlembagaan sendiri
SHAH ALAM - UMNO menegaskan tiada sebab Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak permohonan parti itu untuk meminda perlembagaan bagi mengadakan pemilihan parti, enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini kerana proses pindaan perlembagaan parti itu dibuat mengikut cara betul dan prosedur undang-undang sedia ada termasuklah Akta Pertubuhan 1966 serta Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.