Beri peranan spesifik, bukan sekadar cukup korum
Iklan
Syed Ibrahim yang baharu dipilih ahli MPP PKR saran setiap pemimpin diberi peranan sewajarnya
SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru dipilih, Syed Ibrahim Syed Noh mencadangkan setiap ahli MPP baik yang dipilih atau dilantik Presiden parti kelak, masing-masing diberikan satu peranan spesifik bagi membantu parti mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Tegas Ahli Parlimen Ledang tu, inisiatif sebegini penting bagi memastikan setiap pemimpin memegang jawatan penting PKR, memainkan peranan sewajarnya dan tidak sekadar mencukupkan korum semata-mata.