'Besor kekgi marilah jalan sining lagi neh'

Iklan
Gambar penyu yang dirakam 'mendarat' di Pantai Pulau Kekabu. - Foto Muhammad Firdaus Mamat

MARANG - Kehadiran seekor penyu yang ditemukan mendarat di Pantai Pulau Kekabu, di sini menarik perhatian penduduk setempat.

Penemuan itu dikongsi menerusi laman sosial Facebook MarangKiter jam 7.16 petang semalam.

Iklan
Iklan

Menurut perkongsian itu, penyu itu mendarat di pantai itu pagi semalam.

"Anak penyu mendarat di Pantai Pulau Kekabu pagi tadi (semalam).

Iklan

"Besor (besar) kekgi (nanti) marilah jalan sining (di sini) lagi neh (ya)," katanya.

Sementara itu, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali berkata, penyu daripada spesies karah itu dianggarkan berusia lima hingga enam tahun.

Iklan

Katanya, itu adalah kali pertama pantai itu menerima kunjungan daripada hidupan yang tergolong dalam spesies terancam itu.

"Biasanya penyu daripada spesies ini mendarat di Pulau Kapas. Belum pernah lagi penyu naik ke pantai di Pulau Kekabu. Mungkin sebab ia di tolak arus deras," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Katanya, terdapat 49 pantai di Terengganu yang menjadi lokasi pendaratan penyu untuk bertelur.

"Penyu akan mendarat di lokasi-lokasi itu dalam tempoh tertentu untuk bertelur.

"Musim bertelur atau penyu mendarat biasanya pada bulan Mac hingga Oktober sahaja," katanya.