ANKARA - Dron bersenjata buatan tempatan terkini Turki yang dilengkapi teknologi pintar telah berjaya diuji di barat laut negara itu, kata pengeluarnya yang berpangkalan di Istanbul semalam.
Baykar Makina berkata, Pesawat Tempur Udara Tanpa Pemandunya, Bayraktar Akinci (Raider) terapung di udara selama 16 minit setelah bergerak perlahan-lahan secara automatik dan berlepas, lapor agensi berita Turki.