Beberapa jalan ditutup sementara Ahad ini

Iklan

SHAH ALAM - Beberapa jalan di sekitar Dataran Kemerdekaan di sini akan ditutup sementara bagi melancarkan program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019, Ahad ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, jalan terlibat termasuk Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kesemua laluan itu ditutup antara jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi.

"Sehubungan itu, kami gesa orang ramai tidak guna jalan dinyatakan pada tempoh tersebut untuk elak kesesakan lalu lintas dan sentiasa patuhi arahan dari semasa ke semasa

Iklan
Iklan

"Pihak MBSA juga mohon pengguna jalan raya memberi kerjasama dan guna jalan alternatif untuk ke destinasi dituju,” katanya.