Anwar akui pemaaf, tak tegas punca ahli berani buat kecoh

Iklan
Anwar bergambar bersama pengamal media pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional PKR 2019 di sini hari ini. - Foto ihsan Grup Media Kongres Nasional PKR

MELAKA TENGAH - Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui dirinya tidak terlalu tegas dan pemaaf antara punca terjadinya kekecohan di Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) semalam.

"Saya ini sangat conciliatory and forgiving (bersifat mengutamakan kedamaian dan pemaaf) kadang-kadang (jadi) macam semalam.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Lawan dengan 'musuh' bukan dengan kawan, kata Anwar

Anwar arah ahli buat kecoh dipecat

Iklan

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu ditemui pada sidang media selepas menyampaikan ucapan di Kongres PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

Kekecohan pada kongres AMK itu berlaku selepas beberapa perwakilan mendakwa tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan sementara sekumpulan 'pemerhati' berbaju hitam pula dibenarkan masuk.

Iklan

Sementara itu, Polis Daerah Melaka Tengah mengesahkan menerima tiga laporan polis berhubung insiden berlaku ketika Kongres Nasional AMK di MITC) setakat jam 8 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, laporan polis berkenaan termasuk yang dibuat oleh bekas Pengerusi AMK, Mizan Adli Mohd Noor.

Menurutnya, polis turut menahan dua individu lelaki masing-masing berusia 29 tahun dari Kuala Lumpur dan 30 tahun dari Klang, Selangor bagi membantu siasatan termasuk dua orang dilaporkan mengalami kecederaan akibat insiden tersebut.

Polis minta lapan individu bikin kecoh di Kongres AMK tampil