Muafakat Nasional perlu sedia dari sekarang hadapi PRU15

Iklan
Wakil Negeri Sembilan, Tuan Mohd Faizal Ramli bercakap pada Perhimpunan Agung Umno 2019-Perbahasan di PWTC,Kuala Lumpur.- Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

KUALA LUMPUR - Muafakat Nasional yang melibatkan UMNO dan Pas perlu bersedia mulai sekarang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang mungkin diadakan bila-bila masa.

Wakil UMNO Negeri Sembilan, Mohd Faizal Ramli berkata, ini kerana kemenangan PRU15 amat penting untuk memastikan pembangkang dapat menamatkan 'keperitan' rakyat di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Iklan
Iklan

Justeru katanya, blok pembangkang perlu bersedia mulai hari ini untuk kembali memerintah negara.

"Kita tidak tahu bilakah PRU15 akan dilakukan, adakah dalam tempoh dua tahun, lima tahun atau enam bulan lagi. Sebab itulah kita perlu benar-benar bersedia untuk kembali berkuasa di negara ini.

Iklan

"Kemenangan PRU15 amat penting bagi kita kerana 18 bulan yang dihadapi ini (selepas PH perintah) amat perit untuk rakyat. Maka wajib kita menang untuk perjuangkan nasib rakyat.

"Justeru, diharapkan selepas PRU15 yang dijangka bila-bila masa ini, kita akan berhimpun dalam dewan ini sebagai kerajaan," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Faizal berkata, di sebalik keghairahan untuk merampas kembali pentadbiran negara namun jangan sesekali menabur janji sekadar untuk menarik sokongan rakyat.

"Tidak perlu kita hendak jadi populis untuk janji bulan dan bintang untuk rakyat memahami, merindui kita kerana dengan janji manis kita tidak bertahan lama," katanya.