Tak puas hati, perwakilan PKR keluar dewan beramai-ramai

Iklan
Tindakan keluar dewan secara beramai-ramai itu berlaku sekitar jam 3 petang selepas perwakilan dari Pulau Pinang, Gooi Hsiao-Leung sedang rancak menyampaikan ucapannya.

MELAKA - [VIDEO] Perkataan balik! keluar! dilaungkan ratusan perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil mereka bertindak keluar dewan dan meninggalkan Kongres Nasional parti itu yang sedang berlangsung.

Tindakan itu dipercayai dilakukan perwakilan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan kongres dan ucapan mengkritik Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Iklan
Iklan

Mereka bertindak keluar dewan secara beramai-ramai sekitar jam 3 petang tadi selepas perwakilan dari Pulau Pinang, Gooi Hsiao-Leung sedang rancak menyampaikan ucapannya.

Kebanyakan mereka yang bertindak meninggalkan kongres ketika ditemui Sinar Harian menyatakan rasa tidak senang mereka terhadap ucapan yang dibuat oleh perwakilan parti pada kongres tersebut.

Iklan
Tindakan keluar dewan beramai-ramai sekitar jam 3 petang tadi.

Seorang ahli yang terbabit, Gunasegaran Kuppan dari dari Hulu Selangor yang ditemui kecewa apabila senarai perwakilan yang dibenarkan untuk berucap kebanyakannya mengkritik Mohamed Azmin.

Menurutnya, ahli sentiasa menyokong Presiden yang berjanji untuk menyatukan parti tetapi ada ucapan dilihat seperti mahu memecahkan parti dan provokasi tidak sepatutnya berlaku.

Iklan

"Saya datang dari jauh ke Melaka tetapi sampai sini hampa apabila kongres ini menjadi medan untuk menghentam," katanya.

Terdahulu, beberapa perwakilan yang berucap dilihat mengkritik Mohamed Azmin.

Sebelum ini PKR dilihat seolah-olah mempunyai dua kem iaitu pihak menyokong Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kem yang menyokong Mohamed Azmin.

Bagaimana kedua-dua pemimpin terbabit dilihat menggunakan nada yang lembut dan cuba menerapkan perdamaian dalam kalangan penyokong masing-masing walaupun 'protes' semakin jelas kelihatan.

Gunasegaran Kuppan