Ahli PKR jangan jadi talam dua muka

Iklan
Kongres Nasional PKR 2019 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

MELAKA - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar menghormati Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak menjadi talam dua muka.

Perwakilan PKR Kedah, Mohammed Firdaus Johari berkata, ahli yang menghormati presiden akan secara automatik dihormati akar umbi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ahli parti perlu mengetepikan kabilah dengan memberi fokus terhadap kerja dan amanah.

"Presiden mempunyai hak untuk membuat lantikan. Selepas presiden membuat lantikan, kita harus hormat amanah dan organisasi PKR.

Iklan

"Janganlah kita menjadi talam dua muka dan bekerja untuk keuntungan diri sendiri.

Mohammed Firdaus berkata, ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dipilih dan lantikan tidak boleh dibezakan kerana mempunyai kuasa yang sama.

Iklan

Dalam pada itu menurutnya, anak muda masih terhimpit dan tersepit dengan masalah ekonomi.

"Pada PRU (pilihan raya umum) lepas, anak muda telah mengundi PH (Pakatan Harapan) kerana ingin melihat situasi ekonomi mereka terbela.

"Kita mempunyai seorang Menteri Hal Ehwal Ekonomi (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) daripada PKR.

"Saya ingin bertanya, apakah program-program untuk anak muda sehingga kini yang dapat dirasai golongan di bawah ini? Inilah yang kita kena fikirkan bersama," katanya.