JAGUH berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang membuktikan keunggulannya apabila meraih pingat emas dalam acara keirin lelaki di temasya Piala Dunia Trek di Cambridge, New Zealand sebentar tadi.
Pelumba berusia 31 tahun itu mencatatkan masa 9.853 saat untuk menewaskan Alan Shane Perkins dari Rusia dan Matthew Glaetzer dari Australia yang hanya berpuas hati untuk pingat perak dan gangsa.
Iklan
Iklan
The Pocket Rocketman memulakan kempen dengan langkah cemerlang apabila berada di kedudukan kedua di belakang Glaetzer pada pusingan kelayakan sebelum mengungguli peringkat separuh akhir dengan catatan masa 9.810 saat.
"Emas khas untuk anda Malaysia. Bersyukur atas peluang dan sokongan yang diberikan kepada saya.
"Bendera Malaysia terbang megah di New Zealand malam ini," katanya dalam laman Facebooknya selepas memenangi perlumbaan, sebentar tadi.