MBPJ aktif gilap bakat muda

Iklan
Aznan (berdiri tiga dari kanan) bersama pemain Charo yang menjuarai Kategori Bawah 18 Tahun Kejohanan Futsal Amatur Merebut Piala Datuk Bandar Petaling Jaya.

MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) terus aktif menggilap bakat muda dalam pelbagai sukan antaranya futsal dan hoki menerusi pelbagai pertandingan yang dilaksanakan.

Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBPJ, Aznan Hassan berkata, kebanyakan pemain yang mewakili pihak berkuasa tempatan (PBT) dipilih berdasarkan kejohanan-kejohanan telah diaturkan setiap masa.

Iklan
Iklan

"Daripada kejohanan yang dijalankan seperti futsal, mereka (pemain) berbakat akan dipilih mewakili MBPJ dalam pertandingan di mana-mana peringkat disertai. Bakat mereka ini akan kita gilap dan kembangkan.

"Selain itu kita ada contoh usaha berterusan MBPJ dalam liga remaja hoki kebangsaan yang memang kita didik mereka ini daripada peringkat sekolah rendah sehingga menjadi pemain elit. Mereka ini akan bersama kita dan sekiranya boleh pergi lebih jauh, kita serahkan kepada persatuan-persatuan sukan negeri atau kebangsaan," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Kejohanan Futsal Amatur bagi merebut Piala Datuk Bandar Petaling Jaya Kali ke lapan, 2019 anjuran MK Land dan MBPJ yang berlangsung di Gelanggang Samba De Futsal hari ini.

Hyper Rich membawa pulang hadiah RM4,000 selepas menjuarai Kategori Terbuka.

Aznan berkata penganjuran pelbagai program dan pertandingan sukan di Petaling Jaya juga bertujuan untuk menjadikan kawasan tersebut bukan sahaja kota seni, sebaliknya sebagai sebuah bandar sukan.

Iklan

"Kita buka penyertaan kepada penduduk Petaling Jaya untuk aktif bersukan. Kita akan teruskan pertandingan bagi tahun-tahun akan datang.

"Selain itu kita juga mahu membuat penilaian program sukan di peringkat MBPJ dengan penyertaan pasukan yang menyaksikan pasukan kita layak ke peringkat akhir. Walaupun tidak menang tetapi apa yang dilakukan selama ini menunjukkan petanda positif," katanya.

Kejohanan tersebut menyaksikan pasukan Hyper Rich berjaya menewaskan Marooni FT 3-0 pada perlawanan akhir bagi kategori terbuka sekaligus membawa pulang Piala Pusingan Datuk Bandar berserta hadiah berjumlah RM4,000.

Manakala bagi kategori bawah 18 tahun pula, pasukan Charo menang 2-1 menumpaskan MBPJ Keno dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000.