Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

Iklan
Hiasan lampu berwarna-warni menarik perhatian para pengunjung untuk merakamkan gambar di Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong malam tadi. - Foto Bernama

GEORGETOWN - Pesta Pulau Pinang mempunyai tarikannya yang tersendiri dan jumlah pengunjung sentiasa menunjukkan trend peningkatan setiap tahun.

Pengurus Besar penganjuran Pesta Pulau Pinang, Datuk Sarul Bahiyah Abu berkata, pihaknya menyasarkan 500,000 pengunjung sepanjang 31 hari pesta yang bermula sejak 1 Disember lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sasaran keuntungan jualan sebanyak RM2.3 juta dijangka dapat dicapai pada tahun ini hasil daripada penjualan gerai dan kutipan tiket masuk.

"Sejak pesta bermula 1 Disember lalu, kedatangan pengunjung dalam 7,000 ke 8,000 pengunjung sehari. Pada tahun lepas, sebanyak 499,000 pengunjung yang datang dan kita yakin dapat mencapai sasaran 500,000 pengunjung tahun ini.

Iklan

"Tahun lepas, Pesta Pulau Pinang diadakan selama 40 hari sebab kita bermula di hujung bulan November. Tahun ini kita mulakan lewat sikit atas faktor cuaca kerana hujung bulan lepas cuaca tidak berapa baik.

"Alhamdulillah, dalam seminggu ini cuaca baik," katanya selepas majlis perasmian Pesta Pulau Pinang 2019 oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di sini malam tadi.

Iklan

Turut hadir, isteri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Toh Puan Majimor Shariff; Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Yew Tung Seang.

Abdul Rahman (tiga dari kanan) pada gimik Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong malam tadi. - Bernama

Sarul Bahiyah yang juga Pegawai Kewangan Negeri berkata, Pesta Pulau Pinang Edisi ke-53 yang bertemakan 'Santai Bersama Keluarga' itu sentiasa menampilkan kelainan termasuk mewujudkan taman berkonsepkan 'Upcycle Park'.

"Kita menggunakan barangan terbuang atau kitar semula seperti tayar, kayu pallet dan botol plastik. Dari segi pencahayaan pula, Jabatan Kerja Raya telah menaik taraf dan menambah jumlah lampu," katanya.

Beliau berkata, buat pertama kalinya, syarikat perkhidmatan e-hailing, My Car menjalinkan kerjasama dengan menawarkan perkhidmatan kepada pengunjung melalui kad promo khas MyPenang.

Promo itu menawarkan potongan RM2 untuk setiap perjalanan sepanjang penganjuran pesta bagi mengurangkan masalah kesesakan dan kawasan tempat parkir di tapak pesta.

Katanya, Pesta Pulau Pinang tahun ini juga melibatkan penyertaan dari negara-negara jiran seperti Pavilion Sumatera Barat dan Pavilion Sumatera Utara, Aceh selain turut menyaksikan penyertaan semula Pavilion dari Thailand yang terkenal dengan pelbagai hidangan.

Hiasan lampu berwarna-warni menarik perhatian para pengunjung untuk merakamkan gambar di Pesta Pulau Pinang, Sungai Nibong malam tadi. - Foto Bernama

Terdahulu, Kon Yeow dalam ucapannya berkata, pesta itu Pinang secara tidak langsung menjadi jambatan dalam mengerat jalinan muhibbah dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum bukan sahaja untuk rakyat Pulau Pinang, malah pengunjung di sekitar wilayah utara.

"Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat terutama Jabatan Kewangan Negeri yang telah berjaya memastikan Pesta Pulau Pinang Edisi ke-53 ini terus kekal relevan dengan pelbagai pengisian dan penambahbaikan setiap tahun," katanya. - Bernama