Lepas peluang genggam emas demi selamatkan lawan hampir lemas

Iklan
Pengguna Facebook Jefferson Ganuelas berkongsi gambar Roger Casugay (tengah) menyelamatkan peluncur Indonesia, Arip Nurhidayat.

MANILA - Seorang peluncur air Filipina menerima pujian netizen kerana sanggup melepaskan peluang memenangi pingat emas demi menyelamatkan salah seorang pesaingnya daripada lemas.

Insiden yang berlaku ketika acara longboard lelaki Sukan SEA Filipina di La Union menyaksikan Roger Casugay tidak berfikir panjang untuk menyelamatkan peluncur Indonesia, Arip Nurhidayat.

Iklan
Iklan

Ketika kejadian itu, tali papan luncur Arip dikatakan terputus menyebabkannya dihanyutkan ombak tinggi.

Seorang pengguna Facebook Jefferson Ganuelas berkongsi momen Casugay menyelamatkan Arip dan ia ternyata menyentuh hati ramai.

Iklan

"Peluncur tempatan, @roger_casugay menyelamatkannya tanpa menghiraukan persaingan mengejar pingat emas.#pilipinoheart sangat baik!!!.Antara yang terbaik," tulis Ganuelas atas talian.

"Beginilah cara kita #WeWinAsOne,” tulis laman rasmi Sukan SEA 2019 yang memuji tindakan murni Casugay.

Iklan

Rakan-rakan turut mengakui Casugay mempunyai hati yang baik dan media sosial kini dibanjiri pujian netizen terhadap pemuda berkenaan.- Agensi