DAP bukan tuan, pegang prinsip muafakat: Kor Ming

Iklan
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming

IPOH - DAP tidak akan menggadaikan prinsip muafakat semata-mata mahu menjadi sebuah parti terkuat dalam Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, agenda reformasi yang berpegang kepada prinsip saling menghormati tetap didokong anggota parti berkenaan terutama dalam membuat satu-satu keputusan.

Iklan
Iklan

"DAP bukannya terkuat dalam PH, setiap keputusan dibuat secara muafakat, we believe in collective responsibility and collective leadership (kami percaya kepada tanggungjawab dan kepimpinan kolektif).

"Kita juga mengamalkan sikap hormat-menghormati, sayang dan saling berpegang teguh kepada muafakat," katanya

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri UMNO sifatkan pemimpin PH amal politik khadam

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan yang menyifatkan pemimpin PH mengamalkan politik khadam rentetan beberapa isu dianggap tidak adil yang berlaku sejak mengambil alih kerajaan.

Iklan

Zahida ketika berucap pada Perhimpunan Agung Puteri UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 5 Disember lalu dilapor berkata, khadam tidak akan sama sekali menyanggah tuannya sebaliknya menjaga hati tuannya yang terdiri daripada orang-orang DAP.

Mengulas lanjut, Kor Ming yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat menganggap kenyataan itu satu lagi cubaan daripada pembangkang untuk mengaitkan pentadbiran kerajaan dengan sentimen perkauman.

"Mereka buat begitu kerana sudah ketandusan idea dengan sering memainkan isu perkauman.

"Sekarang ini bukan UMNO sahaja yang terdesak, nampaknya MCA pun sudah sama sesak membuat pelbagai dakwaan tidak berasas kepada kerajaan terutama dalam isu dana melibatkan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC)," katanya.