15 kanak-kanak orang asli berkhatan

Iklan
Khatilah bersama Amar Irfan ketika ditemui pada program Moh Khatan Weh anjuran KPJ Pahang Specialist Hospital di Tanjung Lumpur hari ini.

KUANTAN - Seramai 15 kanak-kanak orang asli dikhatankan dalam program Moh Khatan Weh anjuran KPJ Pahang Specialist Hospital di Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Pembantu Penggerak Masyarakat Orang Asli, Khatilah Kassim, 36, berkata, program khatan beramai-ramai mampu melahir dan menyedarkan peserta tentang kebersihan fizikal dan kepentingan penjagaan diri mereka sejak kanak kanak.

Iklan
Iklan

"Berkhatan ini kita laksanakan dan mempertingkatkan syiar Islam. Kita nak anak orang asli sedar tanggungjawab mereka sebab boleh dikatakan masih ramai lagi dalam kalangan mereka belum berkhatan," katanya ketika ditemui di sini.

Khatilah yang mewakili orang asli suku Jakun di Kampung Sungai Mas, Sungai Lembing, Pahang berkata, program ini juga bertujuan meraikan peserta agar mereka merasa suasana kegembiraan sebelum dikhatankan.

Iklan

Sementara itu, peserta khatan, Amar Irfan Abdullah, 7, berkata, dia gembira dapat berkhatan bersama rakan-rakan.

"Mula-mula takut tapi lepas datang sini tak takut dah. Sebab ramai kawan-kawan," katanya.

Iklan

Selain anak orang asli, program ini juga melibatkan 47 anak-anak dari keluarga kurang berkemampuan dan 58 lagi dari Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) daerah Kuantan dengan jumlah keseluruhannya 120 orang.