Syria kembali sertai Liga Arab?

Iklan
Al-Chabi

BEIRUT - LUBNAN. Penasihat presiden Tunisia, Lazhar al-Qorawi al-Chabi memaklumkan Liga Arab sedang mengkaji kemungkinan memulihkan keanggotaan Syria dalam pertubuhan serantau dianggotai 22 negara Timur Tengah itu.

"Terdapat beberapa tanda positif ke arah langkah itu terutamanya selepas beberapa negara Arab membuka semula kedutaan mereka di Damsyik," katanya di Beirut, semalam.

Iklan
Iklan

Jelasnya, ia adalah masa sesuai untuk Syria kembali ke Liga Arab.

Liga Arab menggantung keanggotaan Damsyik pada November 2011 susulan tindakan kekerasan ke atas kumpulan protes antikerajaan.

Iklan

Langkah itu turut mencetuskan bantahan Syria yang menyifatkan sebagai melanggar piagam pertubuhan terbabit.

Difahamkan, cadangan itu diumumkan sehari selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) membuka semula kedutaan mereka secara rasmi di Damsyik.

Iklan

Pada 28 Disember lalu, Kementerian Luar Bahrain mengumumkan kedutaan mereka di Syria kembali beroperasi selain penerbangan menghubungkan dua negara diteruskan tanpa sebarang gangguan. - Agensi