Henti sebar naratif perkauman: Mat sabu

Iklan
Mohamad menyampaikan ucapan penggulungan pada Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara 2019 di IDCC.- Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu memberi amaran kepada seluruh pimpinan dan ahlinya agar tidak membawa naratif perkauman ke dalam parti.

Menurutnya, beliau melihat isu tersebut masih dimainkan dari dulu sehingga kini dengan membawa pendekatan berbeza.

Iklan
Iklan

"Dari saya darjah enam sudah dengar cerita begini dan kini dah masuk usia enam siri masih berlaku lagi.

"Dulu mereka pakai kaedah surat layang yang dedahkan perbincangan antara Lee Kuan Yew dan Lim Kit Siang dalam bahasa Cina, kononnya untuk ambil alih pentadbiran Malaysia dan jadikan agama Islam bukan sebagai agama rasmi.

Iklan

"Surat layang itu kemudiannya disebarkan kepada orang ramai, kini cerita sama diulang semula tapi menggunakan aplikasi WhatsApp pula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan pada hari terakhir Konvensyen Nasional Amanah 2019 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.

Iklan

Mohamad berkata, lebih malang apabila naratif perkauman itu diteruskan pula dengan pelaksanaan memboikot barangan bukan Islam.

"Kenapa jadi begini? Hentikanlah naratif begitu sebaliknya gantikan dengan Islam rahmah untuk semua," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu berkata, Amanah juga bertekad untuk membawa konsep Rahmatan Lil Alamin sebagai konsep pembaharuan Islam rahmah untuk semua dan menjadikannya sebagai rujukan negara Islam di seluruh dunia.

Menurutnya, pelaksanaan konsep ini bukan perkara main-main apatah lagi dalam keadaan sekarang banyak kehancuran berlaku di negara Islam.

"Kita tak mahu bibit-bibit kehancuran itu dibawa ke negara ini.

"Sebab itu, apabila saya pergi ke merata dunia dan amat bangga bercakap tentang Rahmatan Lil Alamin sebagai satu pembaharuan kepada kebangkitan semula Islam pada masa akan datang," katanya.