Cari lokan tapi jumpa mayat

Iklan
Anggota bomba membawa mayat lelaki yang sudah kembung ke tebing Sungai Permas semalam.

JOHOR BAHRU - Mayat seorang lelaki yang sudah kembung ditemukan tersangkut di pokok bakau dekat Sungai Permas berhampiran Jambatan Permas di sini pagi semalam.

Mayat itu ditemukan oleh sekumpulan nelayan tempatan yang sedang mencari lokan sebelum memaklumkannya kepada pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II Sufian Mohamed Lis berkata, tujuh anggota dan sebuah jentera dihantar ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.44 pagi semalam.

"Mayat ditemui telah pun kembung dan dipercayai sudah lebih seminggu di dalam air.

Iklan

"Operasi kemudian ditamatkan pada jam 11.59 tengah hari," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sufian berkata, mayat kemudiannya diserah kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Iklan

Hasil siasatan mendapati mayat dipercayai seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 19 tahun.