Skuad Ragbi Malaysia akur kehebatan Filipina

Iklan
Skuad ragbi 7's Malaysia terpaksa akur dengan pingat emas pada temasya Sukan SEA 2019 selepas tewas 0-19 kepada pasukan tuan rumah - Foto Majlis Sukan Negara

KEHEBATAN skuad ragbi 7's Filipina gagal disaingi pasukan Malaysia apabila terpaksa menerima kekalahan 0-19 pada perhitungan akhir temasya Sukan SEA Filipina 2019.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad ragbi negara gagal mempertahankan emas yang dimenangi pada 2017 menewaskan Singapura 22-7.

Iklan
Iklan

Filipina turun dengan lebih bersedia dalam perlawanan penentuan tersebut apabila menghasilkan tiga try dan menyempurnakan dua conversion.

Bagi pemain Malaysia, Amalul Hazim Nasaruddin menyifatkan pasukan tuan rumah lebih bagus pada edisi kali ini.

Iklan

"Filipina pasukan yang bagus. Kami tidak cukup bagus untuk (menewaskan) mereka.

"Segala perancangan dan taktikal telah diikuti tapi kita masih tidak berjaya menumbangkan pasukan tuan rumah," katanya.

Iklan

Untuk rekod, Filipina pada temasya sama 2015 turut menumpaskan Malaysia pada saingan akhir untuk membawa pulang emas.

Sementara itu pasukan ragbi 7's wanita Malaysia mengekalkan pingat gangsa yang dimenangi di Kuala Lumpur dua tahun lalu.