Hukum letak gambar orang sudah meninggal sebagai 'wallpaper' komputer

Iklan
HARUS meletakkan gambar orang yang sudah meninggal dunia sebagai wallpaper dalam komputer jika ia tidak dipuja atau diagung-agungkan secara berlebih-lebihan. -Gambar hiasan

FOTO atau gambar merupakan salah satu tanda kenangan untuk mengingati momen tertentu dalam kehidupan kita.

Seakan menjadi 'kewajipan' kita untuk merakam gambar kenangan menerusi kamera atau telefon bimbit masing-masing apabila menghadiri satu acara, perjumpaan dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Apatah lagi, jika gambar bersama keluarga terutama ketika anak masih dalam proses membesar atau bertemu kaum kerabat jauh mahupun kenalan yang jarang dijumpai.

Apa diharapkan, setidak-tidaknya, gambar itu boleh menjadi tatapan kita pada masa depan untuk menggamit memori lalu.

Iklan

Begitupun, apabila individu yang dirakam fotonya sudah meninggal dunia, bolehkah kita meletakkan gambar mereka sebagai wallpaper di komputer dan sebagainya?

Apakah hukumnya jika kita berbuat demikian?

Iklan

Dalam hal itu, tiada salahnya kita meletakkan gambar orang yang sudah meninggal dunia sebagai wallpaper dalam komputer dan sebagainya kerana ia diharuskan.

Lebih-lebih lagi jika gambar tadi sekadar untuk kita mengingati mereka yang sudah tiada lagi di dunia dan menyebabkan kita membacakan al-Fatihah untuknya.

Namun, ia menjadi haram jika gambar-gambar tadi dipuja atau diagung-agungkan secara berlebih-lebihan.

Ia seperti mana yang berlaku pada umat-umat terdahulu.

Pada mulanya, mereka mengukir batu menyamai orang-orang soleh atau kenamaan yang telah meninggal dunia pada zaman mereka untuk mengingati pengorbanan individu berkenaan.

Malangnya, patung-patung tersebut disembah dan dipuja.

Disebabkan itulah Islam amat menjaga dan ingin menutup segala peluang atau ruang yang boleh digunakan oleh musuh-musuh Islam terutamanya syaitan.

Ya, kita semua tahu bahawa syaitan 'bertugas' untuk memperdayakan manusia dan menyemai benih kekufuran dalam hati umat Islam.

Apapun, berhati-hatilah dalam setiap tindak-tanduk yang kita lakukan agar tidak terkeluar daripada landasan agama.

(Sumber: Portal rasmi kemusykilan agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)