JENAMA Hellmann’s menampilkan tiga jenis sos salad iaitu Roasted Sesame, Smoky Thousand Island dan Smoky Caesar.
Sos istimewa tersebut dicipta khusus bagi meningkatkan keenakan rasa sajian salad.
Dengan menggunakan ramuan sebenar, sos salad Roasted Sesame Hellmann’s dirumus khas untuk memberikan tekstur bijan panggang bagi meningkatkan rasa.
Mengikut konsep yang sama, Hellmann’s juga menggabungkan rasa smoky unik pada sos salad Thousand Island dan Caesar untuk menghasilkan hidangan salad yang lebih beraroma.
Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman, Unilever Malaysia, Shiv Sahgal berkata, selepas berjaya menambat hati pengguna di pelbagai negara, kini Hellmann’s melebarkan sayap baharu di Malaysia.
"Keutamaan kami adalah untuk menjadikan hidangan biasa pada luar biasa," jelasnya.
Sos salad Hellmann's
Harga: RM9 (210ml sebotol)
Lokasi: Pasar raya utama, pasar raya besar dan laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee